KUALA KURAU - Seorang remaja perempuan berjaya diselamatkan daripada cubaan bunuh diri di Jambatan Kuala Kurau, hari ini.
Dalam kejadian jam 7.35 malam itu, remaja berusia 18 tahun itu dikatakan cuba bertindak terjun dari jambatan terbabit.
Bagaimanapun, tindakan itu disedari anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang kebetulan melalui kawasan itu, sebelum berusaha memujuk mangsa.
Melihat keadaan remaja itu yang mahu bertindak nekad, satu laporan dibuat kepada anggota penyelamat.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kurau, Mohd Jamaluddin Mat Yusop berkata, bomba mengambil masa kurang 10 minit untuk memujuk mangsa.
"Mangsa berjaya dipujuk, dia kemudiannya dibawa pulang dan diserahkan kepada ibu bapa," katanya.
Operasi tamat pada jam 7.47 malam.
Labels:
comment closed