loading...

KOPI aih

loading...

Guru Ditahan Liwat Murid 12 Tahun Lebih 50 Kali.

Sibu - Seorang guru tergamak meliwat murid berusia 12 tahun lebih 50 kali, perbuatan kotor guru tersebut hanya terbongkar selepas sepasukan pegawai serta anggota polis bertindak menahan suspek di Kapit pada pagi semalam.

Menurut laporan yang dipetik dari Berita Harian, guru berkenaan telah ditahan selepas Ibu Pejabat Polis Daerah Mukah menerima satu laporan yang dibuat oleh seorang guru lain yang menerima aduan dari mangsa kejadian.

Menurut pihak polis laporan berkenaan telah dibuat sejak kelmarin lagi serta usaha menjejaki suspek hanya berhasil pada pagi semalam membawa kepada penangkapan guru berusia lingkungan 40-an itu bagi membantu siasatan.

Mengikut keterangan pihak polis, "Berdasarkan maklumat yang kami perolehi, pelajar berkenaan yang kini berusia 14 tahun telah mengalami peristiwa hitam tersebut sejak dia berusia 12 tahun ketika dia sedang berlajar di sebuah sekolah rendah di Kapit".

"Mangsa dikatakan telah diliwat oleh guru berkenaan dalam bulan Ogos Hingga Disember 2015 sebanyak lebih 20 kali di Kuarters guru dan di sebuah hotel murah yang terdapat di bandar tersebut".

Mangsa telah pun berpindah sekolah lain di Mukah akibat daripada tekanan serta trauma dengan kejadian yang menimpanya, namun walaupun dia telah berpindah sekolah lain dia tetap menjadi mangsa pemuas nafsu songsang guru terbabit.

Mangsa sendiri telah mendakwa sepanjang tahun lalu sahaja dia telah di liwat oleh guru terbabit lebih daripada 30 kali di sebuah rumah di Kemunyang serta hotel bajet.

Pada tahun ini sahaja antara bulan Febuari sehingga Mei suspek telah meliwat mangsa berkali-kali di Mukah.

Oleh kerana sudah tidak tahan lagi dengan tekanan yang dialaminya itu, mangsa telah bertindak mengadukan perkara tersebut kepada seorang guru di sekolah barunya itu sehingga membawa kepada penahanan suspek terebut.

Suspek kini telah ditahan reman di Balai polis Kapit dan kes berkenaan akan di siasat di bawah Seksyen 377 C iaitu atas kesalahan melakukan seks di luat tabii.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintendan Jimmy Panyau ketika ditemui membuat pengesahan penahanan suspek dan kes berkenaan masih lagi dalam siasatan lanjut pihak polis.-Wartawan Jalanan
Kakak Menjerit Sekuat Hati Melihat Adik Nyris Dirogol

Kakak Menjerit Sekuat Hati Melihat Adik Nyris Dirogol

“Tiba-tiba keadaan jadi gelap-gelita dan semua lampu serta kipas terpadam. Saya dengar bunyi tapak kaki dan bising suara ibu serta adik minta tolong menyebabkan saya menjerit macam orang histeria,” katanya.
 
Siapa sangka jeritan kuat seorang kakak berjaya menyelamatkan adik perempuannya dari menjadi mangsa rogol lelaki yang menceroboh rumah mereka.

Kejadian yang berlaku di Kampung Wakaf Tanjung Hilir, Kedai Lalat, Jumaat lalu, membuatkan tiga beranak itu trauma.

Menurut laporan Sinar Harian, Remaja berusia 18 tahun itu terlebih dahulu menjerit apabila lehernya dicekik dengan kuat oleh penjenayah yang masuk ke rumah mereka pada jam 2.50 pagi.

Ibu mereka dikenali sebagai Azizah, 45, berkata, dia baru sahaja terlelap di sebelah anak keduanya itu di bahagian dapur rumah dalam keadaan televisyen yang masih terpasang.

Katanya, anaknya yang juga penuntut sebuah kolej tersebut tiba-tiba menjerit dan sempat meronta lalu merangkul tubuh erat Azizah.

“Saya bangun dalam gelap dan berpaling ke belakang serta ternampak samar-samar bayang seorang lelaki mengacu parang ke lehernya. Saya turut menjerit, namun suara kami tidak terlalu kuat kerana ketakutan,” katanya.

Dalam masa yang sama, anak sulungnya yang berusia 19 tahun sedang berada di dalam bilik mendengar bunyi bising di dapur bertindak menjerit sekuat-kuat hatinya.

Remaja terbabit berkata, ketika itu dia belum tidur dan berada di dalam biliknya menyedari ada seseorang menutup televisyen.

“Saya berasa pelik sebab ibu biasanya akan mematikan televisyen sekitar jam 4 pagi selepas rancangan terawih di Mekah. Saya keluar melihat adik dan ibu tidur yang di dapur dan masuk semula ke dalam bilik.

“Tiba-tiba keadaan jadi gelap-gelita dan semua lampu serta kipas terpadam. Saya dengar bunyi tapak kaki dan bising suara ibu serta adik minta tolong menyebabkan saya menjerit macam orang histeria,” katanya.

Azizah berkata, mendengar jeritan kuat anak sulungnya itu menyebabkan lelaki terbabit melepaskan mangsa dan lari ikut pintu belakang dengan menggunakan motosikal, namun kemudian terjatuh kerana terkejut melihat jiran Azizah yang sedia memegang kayu.

“Kebetulan jiran saya tu baru balik ke rumah dan sedang makan sebelum terdengar jeritan anak sulungnya itu lalu mencapai kayu di hadapan rumah. Lelaki itu kemudian lari ke dalam semak di belakang rumah,” katanya.

Menurutnya, kejadian itu kali ketiga berlaku ke atas mereka sekeluarga.

Sebelum ini, rumahnya pernah di pecah masuk dan dia kerugian barang kemas puluhan ribu ringgit.

“Saya tetap bersyukur anak saya selamat dan hanya mengalami luka ringan di jari tengah, calar dahi dan belakang telinga serta lebam pada leher kesan daripada cekik yang terlaku kuat,” katanya.

Katanya, penjenayah itu juga tidak sempat melarikan apa-apa barang berharga miliknya dan mendakwa suspek sudah beberapa hari mengintai mereka sebelum kejadian itu.

“Dalam dua, tiga hari ini saya dengar bunyi tapak kaki di belakang rumah. Saya bergurau bagitahu anak, Lailatulqadar sedang keliling rumah kita, rupa-rupanya penjenayah.

“Rumah saya terletak bersebelahan masjid dan di tepi masjid ada mesin air. Selain banyak kecurian duit mesin air, duit tabung masjid pun mereka curi,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Hassanudin Hassan mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan sudah menahan suspek pada 1 Syawal lalu kerana dipercayai terbabit dengan kejadian berkenaan.

“Lelaki berusia 26 tahun tersebut memiliki lima rekod lampu bersabit kesalahan dadah dan kes disiasat mengikut Seksyen 455 Kanun Keseksaan kerana menceroboh dan menyebabkan kecederaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun,” katanya. - Sinar Harian
Aksi Video Yang Di Screenshot
China - Dua lelaki telah di tahan kerana mencabul seorang gadis secara seksual selepas video mereka yang mencabul wanita itu tersebar,

Acara"prank perkahwinan" itu viral di media sosial dan paling banyak dikongsi di Weibo, menunjukkan dua lelaki sambil ketawa dan meraba-raba buah dada seorang wanita, kemudian menanggalkan seluar dalamnya.

Wanita itu dilihat cuba melawan dan keluar dari kereta itu namun tidak berjaya, video ini mendedahkan tradisi kacau lucah "pranks perkahwinan" terhadap pengantin wanita di China.

Netizens di China terkejut dan mendesak pihak polis menjalakan siasatan  terhadap video itu, dan menahan kedua-dua lelaki berkenaan.

Polis di Xi'an telah mengesan dan berjaya menahan kedua-dua lelaki berkenaan.

Polis berkata video yang dirakam dalam
sebuah kenderaan yang merupakan sebahagian daripada acara perkahwinan, kenderan itu menuju ke majlis perkahwinan wanita itu pada 3 Jun lalu.

Seorang lelaki telah dikenal pasti sebagai Hu berusia 21 tahun, manakala yang seorang lagi sebagai Chen berusia 19 tahun.

China Business News melaporkan bahawa wanita itu mengenali kedua-dua lelaki ini dan  tidak mahu mengambil sebarang tindakan undang-undang  mahkamah.

"Hanya kerana mereka mengenali antara satu sama lain mereka dibenarkan untuk berbuat demikian" tulis seorang pengguna Weibo.

Bagaimanapun, polis masih menyiasat perkara itu, dan peguam memberitahu China Business News bahawa pasangan itu boleh  penjarakan dua lelaki ini selama lima tahun bagi apa yang mereka lakukan dalam video itu. Wartawan Jalanan

Seorang gadis yang baru mencecah umur 12 tahun melakukan tindakan beraninya dengan berdiri di hadapan ahli gereja
Savannah ketika memberikan ucapan
Seorang gadis yang baru mencecah umur 12 tahun melakukan tindakan beraninya dengan berdiri di hadapan ahli gereja yang hadir memberitahu kepada mereka bahawa dia sebenarnya adalah merupakan seorang lesbian.

Gadis tersebut yang dikenali sebagai Savannah telah mendedah perkara tersebut di gereja Utah, Salt Lake City, dia telah memberitahu kepada semua bahawa dia merupakan seorang lesbian dan dia amat berbangga kerana Tuhan menjadikan dia sebagai seorang lesbian.

Sannah dengan beraninya telah berdiri di hadapan ahli gereja memberitahu bahawa dia amat bertuah kerana ibu bapanya menyokong tindakannya itu serta memberikan semangat kepadanya supaya menjadi dirinya sendiri.

Walaupun mengetahui bahawa saya mahu menjadi lesbian, namun ibu bapa saya tidak membantah malah menyetujui keputusan saya itu serta menyokong tindakan saya itu.

"Saya percaya bahawa Tuhan menyayangi saya walaupun dia menjadikan saya begini saya percaya bahawa setiap apa yang di jadikan pasti ada tujuannya sendiri serta saya rasa apa yang saya buat ini tidak salah", kata Savannah dalam ucapannya.

Dalam video ucapannya itu kita boleh mendengar orang rami yang mula merungut kepadanya kerana terus memberikan ucapan mengenai dirinya yang mengakui lesbian tersebut.

Ketika Savannah memberikan ucapan dengan bebas dan berani, tiba-tiba mikrofon yang digunakan olehnya telah berhenti berfungsi dan menyebabkan dia yang kebingungan telah bertindak mengetuk-ngetuk mikrofon tersebut dan menganggap perkara tersebut tidak seharusnya berlaku kerana ia melanggar etika kebebasan bersuara.

Malah dia telah di suruh duduk kembali ke tempat duduknya semula oleh dua orang Paderi gereja yang duduk berhampiran dengannya menyebabkan Savannah terpaksa akur dengan mereka dan dapat dilihat Savannah berlalu berjalan pergi sambil kedua-dua Paderi berkenaan bercakap sesama mereka.

Kemudian salah seorang pegawai berkenaan terus mengambil alih di tempat Savannah memberikan ucapan tersebut dan terus memberikan ucapan tanpa membincangkan kembali ucapan Savannah tersebut serta terus memimpin ahli gereja untuk sama-sama berdoa.

Kejadian tersebut betul-betul membuatkan Savannah menitiskan air mata kerana perbuatan menghentikan dia berucap memang sengaja dilakukan sebab mikrofon tersebut langsung tidak mempunyai masalah ketika Paderi tersebut berucap.

"Dia telah mula menangis sambil kami berjalan ke dewan dan saya telah memujuknya dengan memberitahu bahwa dia amat sempurna dan baik serta dia tidak melakukan sebarang kesalahan kepada sesiapa pun sambil memegang wajahnya", kata ibu Savannah iaitu Heather kepada Dailymail.com.

"Saya amat marah dengan mereka kerana tergamak melakukan begitu kepada anak saya walaupun dengan alasan apa pun, Savannah telah meminta kepada kami selama berbulan-bulan untuk memberikan ucapan tersebut di hadapan gereja".

"Tetapi saya dan suami enggan membenarkannya kerana tahu bahwa perkara tersebut akan mendapat tentangan oleh pihak gereja, dia telah memintanya dari kami sejak bulan Januari namun kami hanya bersetuju untuk memberikan kebenaran kepadanya pada bulan Mei," katanya lagi.

Menurut ibu Savannah, anaknya itu telah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk membuat ucapan tersebut dan kami terpaksa membenarkannya membuat ucapan itu kerana bagi kami ianya
akan menjadi lebih teruk jika kami menghalangnya serta memberikan pelbagai alasan yang menggambarkan kesalahannya itu.

Dalam temu bual bersama Savannah, dia mengatakan bahawa dia amat malu kerana telah di arahkan supaya kembali ke tempat duduknya semula namun dia turut mengatakan bahawa dia turut merasa sedih dan gembira pada masa yang sama.

Sedih kerana luahannya tidak di dengari oleh semua orang, manakala gembira kerana akhirnya dia dapat keluar dari kepompong dan menunjukkan kepada dunia bahawa menjadi lesbian bukanlah sesuatu yang pelik.

Mengikut Islam pula perbuatan tersebut amat dilarang serta di laknat oleh Allah.

Al-Qur'an menegaskan betapa hinanya homoseksual, dalam surat Al-A'raf ayat 80, Allah menegaskan bahawa homoseksual adalah satu perbuatan yang keji. Kemudian dalam ayat 81, dikuatkan lagi dengan menyebutnya sebagai sesuatu yang amat dibenci hati, tidak patut didengar dan dijauhi oleh tabi'at, iaitu perbuatan berkahwin sesama lelaki atau sesama perempuan.
Screenshot dari video

Screenshot dari video

Screenshot dari video

Screenshot dari video
Akhirnya Tergadai Tubuh Badan
Tergamak dia menjadi perampas
Menjadi orang ketiga sememangnya perkara yang harus dielakkan tetapi kalau dah memang jodoh nak buat macam manakan.

Tapi ada juga yang dah tahu bahawa dia itu menjadi orang ketiga tapi masih juga nak merosakkan hubungan rumah tangga orang lain, kalau dah macam itu memang berhati busuk.

Seperti kisah yang saya baca telah di kongsikan oleh seorang wanita yang hanya mahu di kenali sebagai Emma 25 tahun berkata bahawa pada mula perkenalannya dengan seorang lelaki bernama Omar yang 15 tahun lebih tua darinya dia tidak mengetahui bahawa lelaki tersebut sudah pun berkahwin.

Pada mulanya dia hanyalah menganggap Omar sebagai abang tetapi disebabkan Omar ini sering membantunya ketika dalam kesusahan dia merasakan begitu terhutang budi dengannya sehinggakan dia sanggup menyerahkan dirinya.

Kerana termakan budi dia telah dua kali terlanjur dengan Omar, namun ketika itu dia masih tidak mengetahui bahawa Omar telah pun mempunyai isteri kerana Omar sering meluangkan masa dengannya.

Dalam masa yang sama Emma telah berkenalan dengan seorang lelaki yang sebaya dengannya sehinggalah dia bercinta dengan lelaki itu, kerana dia rasakan dalam dirinya dia betul-betul menyanyangi teman lelaki barunya itu.

Teman lelakinya itu pun tidak mengetahui bahawa dalam masa yang sama juga dia terpaksa bersama dengan Omar disebabkan hutang budi.

Emma telah menjalinkan hubungan dengan kedua-duanya secara serentak sehinga berlanjutan ke dua
tahun, tetapi pada suatu hari dia telah mengetahui bahawa Omar telah pun mempunyai isteri serta tiga orang anak.

Disebabkan tidak mahu menjadi pemusnah rumah tangga kaumnya sendiri maka dia membuat keputusan untuk berhijrah ke tempat lain bersama teman lelakinya itu.

Omar ditinggalkan olehnya tanpa sebarang khabar sehinggalah pada suatu hari dia ditimpa musibah bersama teman lelakinya itu, dengan keadaan kewangan yang teruk ditambah pula dengan masalah teman lelakinya itu ditangkap atas kesalahan memasukkan benda terlarang kedalam tubuh badan (dadah), manakala dia juga turut ditahan atas kesalahan bersubahat walaupun dia tidak mengambil benda haram tersebut.

Tekanan demi tekanan membuatkan dia kembali menghubungi Omar bagi meminta bantuan, Omar yang mengetahui akan keadaan dia langsung datang menghulurkan bantuan.

Akhirnya Omar telah membawa dia pergi dari tempat itu, Omar jugalah yang telah mencarikan rumah sewa untuknya.

Omar berjanji bahawa dia akan mengahwini Emma, tetapi Emma telah memberikan syarat bahawa jika Omar mahukannya maka dia harus melepaskan isterinya itu kerana keluarganya pasti tidak akan merestui hubungan mereka jika mengetahui bahawa dia telah pun beristeri.

Namun begitu, walaupun Omar turut menyayangi Emma tetapi dia juga tidak mahu melepaskan isterinya itu atas dasar anak-anaknya perlukan keluarga yang sempurna untuk membesar.

Jika dilihat dari mata kasar sememangnya Omar itu lebih dari mampu untuk beristeri dua tetapi Emma juga tidak sanggup untuk berkongsi kasih dengan orang lain.

Walaupun orang tua-tua dulu selalu berkata jika kita ambil hak orang lain maka kita seharusnya bersikap lebih sabar serta harus selalu bertolak ansur, namun biarlah orang nak cakap apa tetapi Emma tetap dengan pendiriannya supaya Omar menceraikan isterinya itu jika mahukannya.

Aku sendiri pun tak faham kenapalah Emma ini sanggup untuk merampas kasih sayang seorang ayah kepada tiga orang anak tersebut, dia pun wanita jadi tak akanlah dia tidak memahami hati wanita sepertinya.

Tergamak dia menjadi perampas, dahlah jadi perampas lepas itu taknak kongsi pula itu, sangat melampau dia itu.

Hukum karma ini ada, jangan sampai balik kepada dirinya balik nanti dahlah.
Gambar Hiasan
Singapura - Seorang lelaki terima 67 jahitan di kemaluannya kerana cuba memasukan kemaluannya kedalam Tiram yang dibeli diri sebuah pasar raya.

lelaki yang berasal dari Hougang, Singapura itu mengalami kecederaan teruk di kemaluan berikutan tindakan gilanya itu yang mahu beronani dengan tiram.

Minggu lepas ada kejadian yang lebih kurang sama berlaku di negara itu yang mana seekor ketam telah menyepit
“kemaluan” seorang wanita.

Pada hari tersebut, ketika pulang dari tempat kerja mangsa dikatakan telah pergi di sebuah pasar, dan telah membeli tiram tersebut kerana rupa tiram itu sama seperti kemaluan wanita.

Menurutnya lagi ketika berada di pasar dia cuma membeli sebiji sahaja tiram dan mahukan saiz yang paling besar, walaupun pembelian tersebut diragui oleh penjual makanan laut tersebut tetapi dia tetap berjaya mendapatkannya.

Ketika berada di rumah, lelaki itu cuba memasukan kemaluanya ke dalam tiram tersebut dan ketika dia leka sedang beronani dengan tiram itu, berlaku kesilapan menyebabkan kemaluan mangsa terkena pada bahagian sisi yang tajam dan keras sehinggakan kemaluannya berdarah.

Mendengar jeritan dari mangsa, jirannya datang untuk melihat keadaan mangsa dirumah, ketika jirannya membuka pintu rumah, jirannya gagak terkejut kerana darah mengalir dari kemaluan lelaki itu.

Menurut jiran mangsa lelaki itu sedang menahan kesakitan dan tiram itu masih dalam genggaman tangan mangsa, Mangsa dikejarkan ke hospital dan terpaksa menerima 67 jahitan di kemaluannya.
Bagi pengguna jalan raya di Seremban dan Senawang, anda semua di minta agar berhati-hati dengan individu yang cuba menawarkan diri bagi membaiki kenderaan anda yang mengalami kerosakkan.

Ini kerana terdapat dua individu yang merupakan pengendali towing serta mekanik yang pada mulanya kelihatan seperti hendak membantu dengan menawarkan diri membaiki kenderaan yang rosak.

Namun disebalik kebaikan mereka itu terdapat agenda yang tersembunyi iaitu kelicikkan mereka mengenakan cas yang berganda terhadap pemilik kenderaan terbabit.

Salah seorang pengguna jalan raya yang telah menjadi mangsa mereka mendedahkan bahawa mereka ini telah mengenakan cas membaiki kereta sebanyak RM3000 kepadanya sedangkan kerosakkan terbabit jika di baiki di tempat lain hanyalah RM350.

Individu terbabit dikatakan bergerak aktif di highway belah Seremban dan Senawang mencari mangsa, namun yang menjadi tanda tanya adalah tiadakah sebarang laporan mengenai mereka di adukan kepada pihak berkuasa seperti polis, JPJ mahupun
SPAD.

Nanti kalau ada individu yang berani ambil tindakan sendiri lain pula jadinya, tak pasal-pasal mangsa yang kena tipu ini pula yang masuk lokap sebab bertindak kasar.

Seperti yang berlaku kepada seorang wanita yang di penjara dua tahun hanya kerana mempertahankan diri daripada menjadi mangsa rogol.

Ada juga segelintir nitezen yang memberikan komen menyeru kepada ahli parlimen yang ada sekarang ini supaya memperbaiki undang-undang di negara kita ini yang di anggap sudah ketinggalan zaman serta tidak masuk akal ini daripada membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah.

Mangsa-mangsa yang di tipu oleh dua individu ini merasakan diri mereka ditindas kerana walaupun mereka di tipu ribuan ringgit namun tidak dapat berbuat apa-apa, nak bergaduh pun nanti dia orang juga yang kena balik.

Diharap pihak berkuasa dapat mengekang perbuatan individu terbabit supaya tiada lagi mangsa yang tertipu dengan mereka berdua ini.- grup info IFT


Copyright © KOPI aih.
Dikuasakan oleh Blogger.