Pada video ini kami kongsikan paparan tentang seekor kambing yang meneguk beberapa gelas minuman bergula Coca-Cola yang diberikan seorang lelaki.
Kelihatan haiwan (seperti kambing ini) juga boleh ketagih apabila didedahkan oleh bahan minuman yang sarat dengan kandungan gula.
Menurut Ketua Perkhidmatan Kesihatan Netherlands, Paul van der Velpen, “gula ialah dadah yang paling merbahaya pada masa ini dan mudah diperoleh.”
“Seperti alkohol dan tembakau, gula sebenarnya merupakan sejenis dadah. Penggunaanya tidak sepatutnya digalakkan, dan para pengguna harus diberi amaran tentang bahaya pengambilannya,” tambah Velpen lagi.
Mungkin gelagat kambing ini kelihatan menghiburkan hati pada individu di dalam video ini, tetapi siapa tahu bahaya yang akan menimpa haiwan tersebut?
Kami berharap tiada penonton Era Baru yang akan meniru perbuatan dalam video ini ke atas haiwan-haiwan lain.
Labels:
comment closed